Klik Ciket!

Desert yang sedap & mudah!

 
Desert Strawberry Sedap

Bahan-bahan:

1 buku swiss roll kek (apa2 perisa)
1 tin susu cair
1 cawan air
1 tin krim jagung (tak letak pon tak pe)
5 sudu besar gula
4 sudu tepung kastard (bancuh dengan 1/2 gelas air)
1 kotak jelly Nona (apa2 perisa)

________________________________________________________

untuk hiasan:

strawberry,kiwi,laici ( buah lain pon tak pe)

______________________________________________________

Lapisan pertama:

1.swiss roll kek dipotong dan disusun dalam bekas
2.masuk susu cair,air,tepung kastard dan krim jagung ke dalam periuk..kacau
3.masukkan gula secukup rasa
4.pastikan api kecil dan kacau sehingga menjadi pekat
5.lepas dah siap,bolehlah tuangkan kat atas lapisan swiss roll tadi
6.siap untk lapisan pertama...biarkan sejuk

_______________________________________________________

Lapisan kedua:

1.arahan ada di belakang kotak jelly nona
2.serbuk jelly dimasukkan bersama dua cawan air
3.masak sehingga mendidih
4.tuangkan ke atas lapisan pertama tadi
5.untuk nampak cantik,tuangkan perlahan-lahan sebab jelly tu panas
nanti tercampur dengan kastard tu tadi...
6.sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais...

________________________________________________________

Lapisan ketiga:

hiaskan dengan buah-buahan yang disediakan tadi...


okay! itu sahaja resipi untuk hari ni...


No comments:

Post a Comment

Copyright Blog ~Wish Granted~!