Today...caye nak tulis tentang CUTI SEKOLAH!!! Yey!! hhehhe....saye tulis cuti2 Malaysia...sebab saye..cuti dalam Malaysia je...x pegi luar negara pon...
Hah! nak cakap sket...harini.....hari
best kan?.... hah nah sinopsis die...
sebenarrnye...saye x tau pon nak buat kotak bawah nii...saye copy paste ..jew...hehehhe jangan marah taww..
By The Way...TeleMovie ni memang best la...
Sinopsis Oh My Ganu!
Selepas kejayaan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English! dihasilkan, sebuah telefilem khas iaitu Oh My Ganu pula diterbitkan bagi memenuhi tuntutan orang ramai yang menyukai drama itu.
Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Oh My Ganu adalah kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua dan sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia drama tersebut.
"Oh My English! yang disiarkan menerusi Astro TVIQ iaitu komedi pendidikan musim kedua ini berjaya menarik perhatian dengan tontonan seramai 5.2 juta penonton televisyen, 11.6 juta tontonan di YouTube, 525,000 peminat di Facebook serta menguasai tangga teratas Twitter.
“Manakala Oh My Ganu pula menjanjikan kelainan dengan kehadiran watak baharu yang dihidupkan oleh Izzue Islam dan Zizan Razak," katanya pada sidang media pratonton telefilem itu di Signiture, The Garden, di sini, Rabu.
Selain Zizan Razak dan Izzue Islam, Oh My Ganu turut dibintangi oleh pelakon asal drama Oh My English! seperti Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Izara Aishah, Harun Salim Bachik dan Syafie Naswip.
Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman.
Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.
Telefilem Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).
Gambar Oh My Ganu!
Pelakon Oh My Ganu!
Zizan Razak-Zizang
Izzue Islam-Aiman
Zain Saidin-Sir Henry Middleton
Harun Salim Bachik-Encik Mohd Salleh
Tiz Zaqyah-Cikgu Ayu
Izara Aishah-Azleen
Akhmal Nazri-Jibam
Addy Ashraf-Shafiq
Syafie Naswip-Azlan
Roax Tan-See Yew Soon
Iezahdiyana-Hani
Zhafir Muzani-Mazlee
Amer Shariff-Farouk
Kameesha-Anusha Adibah Nor-Puan Hajar(Guru Besar)
Hebahan telefilem komedi Oh My Ganu!
Saksikan telefilem komedi Oh My Ganu!
Hari: Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro TVIQ 610 & Astro Maya HD 135
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment